Kerjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sememangnya penuh cabaran tetapi menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang bersabar dan bekerja keras. Namun begitu, peluang perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya individu yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar dapat menghidu peluang tersebut.
Pada masa yang sama mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka sentiasa mengkaji senario dan masalah-masalah semasa, kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan, produk atau servis dari pesaing, keperluan pasaran dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, mereka akan bertambah yakin, lebih kompetitif, bersemangat dan merangka strategi yang sesuai untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan.